30 perkara tentang wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sultan Muhammad Al- Fateh

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE 

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah. 

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. 

Akhirnya,dadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut. 

PENGENALAN 

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. 

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. 

PENDIDIKAN 

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. 

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. 

KEPERIBADIAN 

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE 

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. 


Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. 

Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam. 

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE 

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh. 

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.

Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt. 

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. 

Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar. 
 
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fateh” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. 


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA 

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi,“Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

lawak santai

BABOON TUA HILANG DI SAWAH,
ORANG KAMPUNG SIBUK MENCARI,
JIKA ANDA SCROLL KE BAWAH.....,









































































DAH SAH......ANDALAH BABOON YG KAMI CARI!!




1d303d8.GIFMuahahahaahahahahahaa!!!



Kalau ada jarum yg patah
tak payah la disimpan lagi
Kalau ada hati yg marah
kena ingat saya pun terkena sekali.


Jarum yang patah pergi le buang
Jangan buang bersama kain
Kalau tak nak kene sorang
Forwardkanlah kat orang lain.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja seumur Hidup.

Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja seumur Hidup.

Renung-renungkan Dan selamat beramal..

Saat itu, Dhuha, Hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Makah....... , aku bertanya pada
Ibu, Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah Di Bulan July 2007 yang lalu.

'Ibu, kataku, Ada cerita apa yang Menarik dari Umrah....? ( Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah). Dan Ibu,
Memberikan Tausyiahnya.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah selama 4 Hari, baru ke Makah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah.

Ibu berkata.....' , * Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja Seumur hidup*

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil Kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan Itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah* **Azan*', ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas Terdengar di telinga Kita, sangat kuat
Terdengar. Ketika Kita sholat, sesungguhnya Kita menjawab panggilan Allah.
Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap Kita. Kadang Kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas.  Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan
Kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau Tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika Hari Kiamat nanti'.

Saya Terpekur.... .Mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat Kerana meeting lah, mengajar lah, Dan lain lain. Masya Allah.......


Ibu Melanjutkan,Panggilan yang kedua adalah Panggilan* Umrah/Haji*

Panggilan ini bersifat halus. Allah Memanggil hamba-hambaNya dengan Panggilan yang halus Dan sifatnya 'bergiliran' .
Hamba yang satu mendapatkan Kesempatan yang berbeda dengan Hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang Menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, Ada Yang memang merencanakan Dan terkabul.

Ketika Kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram Dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan',
Sesungguhnya Kita saat itu menjawab panggilan Allah yang Ke dua.

Saat itu Kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah Kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, Laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin Berkaca-kaca. ........Subhanal lah....... .saya datang
Menjawab panggilan
Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulill ah....
'Dan Panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah* KEMATIAN*.

Panggilan yang Kita jawab dengan amal Kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak Memberikan tanda tanda secara langsung, Dan Kita tidak mampu menjawab Dengan lisan Dan Gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena Itu , Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah Dengan Hatimu Dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah  Syurga adalah Balasannya.. ...'

** Mata saya basah di dalam  Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah Karena kelalaian saya
Dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan KebesaranNya, kasih sayangNya Dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan Baju Ihram Dan berniat..... ....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ **

*Huraisy*

*Pada Hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang Bernama 'Huraisy'
Berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini Dari timur hingga ke Barat. Panjangnya pula seperti jarak langit Dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana Dan siapaYang kau Cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima Orang.'

Pertama, orang yang meninggalkan sholatKedua, orang yang Tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu Dan Bapaknya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam
Masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

ways to know that we love someone

TWELVE:
You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.
ELEVEN:
You walk really slowly when you are with him/her.
TEN:
You don't feel Ok when he/she is far away.
NINE:
You smile when you hear his/her voice.
EIGHT:
When you look at him/her,you do not see other people around you.You see only him/her.
SIX:
He/She is everything you want to think.
FIVE:
You realise that you smile every time you look at him/her.
FOUR:
You would do anything to see him/her.
THREE:
While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.
TWO:
You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number SEVEN is missing...
ONE:
You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

apa kata...

apa kata jika kita berubah?
berubah atau hijrah.....apa itu hijrah? perpindahan dari satu sikap ke satu sikap yg lain....
apa kata jika kita berlari?
pantaskah kita berlari? dpt ke kalahkan pelari pecut dunia?
apa kata jika kita bertanding permainan yang melibatkan IQ?
pastikah kita yg menang?
apa kata jika kita mencuba sesuatu yg baru?
yakin ke kita bleh sesuai dengan nya??
apa kata jika kita tanya hati kita?
siapakah yg bertakhta di hati kita?
yakin ke org itu juga punya perasaan yg sama?
apa kata jika kita terus bertanya padanya?
adakah kita yakin dia akan kata 'ya'???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

keja kilang...

pengalaman aku keje kilang...hak3..
ramai org pada masa ini memandang rendah atas perkerjaan kami( wakil pekerja kilang la)...

tp pernah kah mereka terpikir? tanpa pekerja kilang cam kitaorg nie....diorg semua tak kn ade semua kemewahan idup yg mereka ade skrg ini...
kerja 12 jam satu ary....6 ary seminggu....dengan gaji tak seberapa??
cubalah renung2 kn.....bnyk kisah2 di kilang yg bleh di jadikan teladan untuk kita sebnarnya...
satu ari nnty aku akan ceritakan sedikit demi sedikit......
tah la....semuanya bnyk mengajar aku....dan aku menjadi lbh berfikir tentang kehidupan....
so, jumpa lagi.....daa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

life....

ape itu life??
aku dah idup selama 17 tahun 9 bulan 30 hari....
yeke? tah...mlz nk kira...hehehe....
cam2 dah aku lalui....cam2 pengalaman yg aku alami...
korang tau tak ape cita2 aku? aku nk jadi novelis sebenarnya...aku minat tp tu ar...tak tau ade bakat atau tak coz aku nie malz...insya-Allah...lau ditakdirkn aku jadi novelis....ade ar buku2 aku di pasaran kelak...huhuhu
anyway...aku bukan nk ckp psl nie...nie saringan je...hehehe...

aku nk kongsi ngn korang psl hidup aku...
cam2 rahsia aku pendamkn dlm aty....sbb aku mmg jenis yg ske simpan semuanya...
so, skrg aku cuma cite sikitnya....bab apa??
mestila cinta....sbb remaja skrg bnyk yg hanyut dlm perasaan yg bernama cinta....
korang mesty tak caya lau aku ckp dah bnyk kali aku berkwn ngn ramai lelaki...lebih dari 10 org...
aku tak ske ckp aku bercinta ngn lelaki tp aku ske ckp aku berkwn ngn lelaki...em..pam2 la ye...
so, dlm bnyk2 kes yg dh aku alami....ade sorang laki2 yg nama dia Wan (bukan nama sebenar)...
dia lebih muda dari aku....aku jumpa dia pun dlm kem masa tu aku baru je form 4...so, kiranya dia form 3 la...
dia sgt istimewa...tah la...ade something yg wat aku tertarik ngn dia....cam2 dia wat mase kem tu yg wat aku terpikat kat dia...ceh wah!!!
hak3...tp apakan dia...mungkin dia bukan jodoh aku....aku dah break dah....
em..korang nmpk tak cam aku tak sedih???
well...hak3...korang nengok je aku hepi...tp kat dlm nie...hanya aku dan Allah saja yg tahu...
tp aku tak kisa...aku rasa watpe nk sedih lama2? buang masa..tenaga...dan semuanyala...
kita kena yakin yg ALLAH Maha Adil dan dia dah sediakn seseorg yg lbh baik dari dia...
sejujur dan seikhlas aty aku...aku msh sygkn dia....aku tak tau npe dia putuskn persahabatan kami.....
tp yg aku tak puas aty....cara dia putuskn tu....cam takde adab....serius aku ckp....aku mmg marah dan sedih sbb dia wat cmtu....tak gentle sungguh.....
korang nk tau tak psl dia?? hak3...aku nie marah2 tanda syg...
Wan!!!! ko baca tak nie???
aisey...tak kisah la...hidup perlu diteruskan....
tol tak? skrg nie....msh bnyk lagi yg aku lom tahu...
dugaan dan cabaran baru skit aku tempuh...
takkn aku nk hancur hanya kerna sorang lelaki?? tau berpuluh2 laki? hak3...tak mungkin..
papepun, aku sebnrnya nk ucap terima kasih bnyk2 kat semua laki2 yg aku telah kenali....coz korang sgt bnyk bantu aku dlm aku mengharungi hidup aku dan jadikan aku insan yg lbh kuat di masa hadapan...insya-Allah.....
lupe plak...len kali je la aku cite psl dia ye??
masa mencemburui kita...hak3...

pada my family: sori ea....tak reti nk luah2 segala....bnyk dlm blog sudah...lalalala.....(ego tak)..ish2..anak sape ar nie.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bila Cinta-Gio (male version) with lyrics.wmv

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bila Cinta by Gio.wmv

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

lawak2...

nie kisah benar ye...
satu ari....di dlm kilang...
ade sorang mamat nie...dia jage line 16 iaitu sebelah line aku line 15..nama dia mohd faizal bin mohd kadir a.k.a. adam...asl org panggil dia adam?? yg tu korang tanya dia sendiri ye...
ade plak sorang kakak nie..nama dia...akak F...(bukan nama sebenar...)
tah tak tau la kena jampi ape ngn adam nie...dia minat gler kat mamat nie...
aku saje2 la nak dengki..hehhee....:P
aku pun minta la no dak adam nie...saje test market....hak3..
sekali dia bg betul...aisey...pastu dia tulis no tu kat pemadam kwn aku nama dia H.....(bukan nama sebenar)
tulisan dia punya la 'lawa'....smpai tak leh bace...hehhee...
no dia 014-xxxxx76...itu yg depa ckp kat aku la....tp aku tak bpe nk caya coz aku nengok no 7 tu cam no 9...maka, blik umh aritu aku try ar kedua-dua no....
yg akak F tu plak caya bulat2..dia pun msg ngn kol no yg ade 7 tu.....
korang nk tau tak no dia yg mana??
em...mestyla aku yg betul....yg 9 bukan 7....
maka, aku pun bermsg la ngn mamat tu untuk kepastian...
yg lawaknye...selama ini akak tu antar msg kat mamat indon...hak3....
kesian tol aku nengok.....aku nk bgtau kat akak tu yg dia salah no...tp apakan daya....adam tak bg...huhhuhu...
pengajarannya: jgn la terlalu fanatik sgt bila ske kat seseorg tu....berpada2 la....
                       lagi satu, hati2...bahaya msg org yg tak dikenali.....
      



INGAT!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kisah aku...ep:1

aku sentiasa merasa diriku dlm kesedihan...kesunyian....kegelapan...
aku merasakn ade kekosongan dlm aty dan dlm hidupku...
sejak kecil lagi..aku merasakn aku sendiri...walaupun aku punya family...
aku tidak pernah bersyukur malah aku sentiasa menyalahkn takdir....
aku sentisa rasa diketepikn dan tidak disayangi....
aku merasakan kurangnya kasih syg dari family dan kwn2 ku....
kwn?? pernah kah aku berkwn??
aku selalu ketwa dan gembira ketika aku bersama rakan2 ku....
mereka menerima aku dgn berkata" ko nie lawak la...best kwn ngn ko"..
apakah aku hanya seorg penghibur??
aku mula meningkat remaja.....
aku mula berasa mahu memiliki perasaan ske akan seseorg...
aku mula berkwn dengan ramai jejaka...
namun, sehingga kini...aku msh tidak dpt memiliki satu perasaan yg diberi nama 'cinta'....
cinta...apakah ia?
apakah aku tidak layak memiliki cinta??
apakah yg harus aku lakukan utuk memilikinya?>
apakah ianya kebahagiaan yg hakiki??
apakah aku akan bahagia jika aku dicinta??
atau aku hnya mampu mencintai namun bukan untuk dicintai??


                                                                                                                           bersambung......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

hari ini...

hari ini....aku ingin bgtau tentang siapa aku?
namaku siti nazurah binti md ishak.....
org panggil aku zura...
aku seorg yang tidak tidak tahu ape yg aku inginkn di dunia ini....
dari dulu hingga skrg (18 thn)...aku msh berfikir dan fikir siapa aku dan mengapa aku dilahirkn di dunia?
semakin hari...semakin aku belajar....tentang kehidupan...
hidup ini ade manis, pahit, twar, masam...dan ianya bercampur-campur...
ade org kata"aku tak sanggup hidup lagi....aku dh tak tahan menanggung sengsara dan dugaan yg diberikan"
ade juga yg kata" wah...bgusnya hidup ini....aku leh wat apa sje yg aku inginkn"
ade jga yang hanya memandang keats dan berkta" YA ALLAH, sesungguhnya aku bersyukur padaMU kerna
memberi aku peluang untuk melihat alam ciptaanMU yang amat indah ini"
namun, aku msh terfikir yg mana stu aku harus ikut??
dlm diam...aku msh mencari identiti ku yg msh belum ku ketahui...
siapa aku di masa lmpauku?
siapa aku pda hari ini?
dan siapa aku pda masa yg akan dtg??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

pertama kali...

pertama kali membuat blog...
rasa cam seronok plak..
kat sini...nak tulis ape pun bleh..
takde sekatan....jadi..
azam aku.....
aku nk tulis beribu-ribu patah perkataan...
so, i welcome...
my diary....:p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments